Minggu, 29 Juli 2012

♥❀❤Cantik nya Wanita Itu ♥❀❤

♥❀❤Cantik nya Wanita Itu ♥❀❤

.♥.BismillaahiRRahmaaniRRaahii
m.♥.

Wahai ukhti..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang
memujamu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya
pakaian yang menutup auratmu..
Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada
suaramu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan
pada tempatmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di
sisi agamamu..

Namun Ukhti..

Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan
cahaya wudhuk,
pada hatimu yang penuh rahmah dan
taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah,
memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin penat,
kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan..

Wahai ukhti..

Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci,
janganlah engkau kotorkan dengan
hawa nafsu..

Yang menjadi pinjaman pasti akan
dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak..

Wahai ukhti..

Sudah engkau menjadi bahaya fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu
tahun dahulu..

Apakah engkau sanggup
merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki??

Wahai Ukhti..

Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang
bernilai..

Yang sewajarnya dijaga rapi setiap
saat..

Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
kepada yang layak engkau pamerkan..

Bahkan pahala yang bakal diterima,,
jika diberi pada tempatnya dan tepat
orangnya..
(^_^)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar